1 BLOGGER!!!!

Friday, March 30

segala puji hanya bagiMu

Saat aku merenung langit cerah..melihat kehidupan sekeliling masih berjalan seperti biasa..tersenyum sendirian, Allah itu memang BAIK...

dan ketika ini..
✿~ ada jasad bernyawa DILAHIRKAN di dunia..
✿~ ada insan sama JATUH CINTA pandang pertama.
... ✿~ ada manusia sedang NYENYAK dibuai mimpi..
✿~ ada orang menerima PENDAPATAN lumayan hasil lelah meraka..
✿~ ada pasangan BERKAHWIN membina istana bahagia..
✿~ ada budak baru BELAJAR MEMBACA..
✿~ ada anak baru belajar MENYEBUT pertama kalinya..
✿~ ada yang MERENUNG JAUH ke angkasa merenung impian..
✿~ ada yang MENIKMATI hari terbaik hari ini..
bermakna..indah..

tapi ketika ini..
✿~ ada yang DIKHABARKAN hidupnya hanya seminggu lagi..
✿~ ada yang MEMBUNUH dirinya sendiri..
✿~ ada yang MERAYU rezekinya di hujung jalan..
✿~ ada yang KEHILANGAN kesayangan mereka selamanya..
✿~ ada yang DIJATUHI HUKUMAN ke penjara seumur hidupnya..
✿~ ada yang BEKERJA 16 jam tanpa henti tiada habuannya..
pahit..perit..

imbas..
AKU DI SINI..
punya arus elektrik membekal cahaya dan haba..
punya makanan tersedia untuk dijamah..
punya air bersih untuk bersiram..
punya masa untuk menulis ini..

p/s : Harusnya..aku BERSYUKUR, terima kasih Allah atas segala NIKMAT kurniaanMu ini..tidak mampu ku luahkan betapa aku bersyukur padaMu, segala puji hanya bagiMu..♥♥

Thursday, March 29

DIAM..

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah,
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita.
...
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan.

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah.

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32)

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang, Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak..

Tuesday, March 27

HIJRAHKU KERANA ALLAH

Bilamana aku BERUBAH, dari sejarah kehidupan yang kelam kepada peribadi hari ini yang cerah, janganlah kalian berasa pelik dan ragu-ragu dengan penghijrahanku. Jika dirimu masih tidak mampu mempercayaiku, cukuplah Allah sebagai saksi. Yang menghitungku, bukan kamu, bukan pula aku. Tetapi ALLAH..

Moga amalanku sebagai MUJAHIDAH yang banyak k...ekurangannya ini diterima Allah dan dilaksanakan dengan ikhlas, jauh dari pakaian para MUNAFIQ dan RIAK..
 
 Akulah HAMBA, yang faqir dalam beramal. Tetapi kaya dengan dosa yang tidak terhitung. Terimalah aku ya Rabb..kurniakan aku jiwa yang ampuh IMANnya. REDHAMu adalah IMPIANku..