Mencintai dan dicintai. Fitrahnya, suatu kemestian buat seorang insan. Hadirnya perasaan ini mungkin di kala ketidakmatangan dalam menilai cinta yang sejati. Namun, saat hati sudah pulang kepada Tuhan, cinta itu kembali bertandang dan berbunga semula. Ia mengundang 1001 kecelaruan.
Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir. Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Tahu betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan.
Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :
"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."
Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata : "Jika cintamu benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu."
Hasil didikan (tarbiyyah) cinta dusta mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah hina itu lagi. "Putus cinta dan mahu bercinta kembali" perlu dibuang jauh-jauh. Nyahkan dari fikiran! Hapuskan dari hati!
Lihatlah wahai hamba kesayangan Allah, Allah mahu ajar kita, mahu didik kita, mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina. Mudahnya diri terperangkap dalam noda dan dosa. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad. Kerana kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.
Ya! Mungkin kita cair dengan pujukan dan keindahan rupa si dia, tetapi itu tidak menjanjikan kebahagiaan selamanya yang kita cari. Hati kita sebenarnya tidak puas! Tidak puas menagih cinta dan kasih sayang manusia.
Cubalah renungkan kembali. Air mata kita begitu murah hanya kerana cinta manusia! Lemahnya diri tertawan dengan janji-janji si mulut manis. Tubuh badan diratah, maruah tergadai dan akhirnya kita ditinggalkan dengan bodoh sekali apabila sudah muak dan bosan. Andai itu tidak terjadi, bersyukurlah. Tetapi jika sebaliknya, bagaimana?
Manusia memuja muji kekasih kerana tidak kenal Allah. Mereka keliru cinta mana yang harus dipuja. Justeru, tatkala iman dan kepercayaan tidak utuh, seorang hamba akan dikepung syahwat dari seluruh arah, dikelilingi sifat keliru dari semua penjuru, semua itu akibat dari kelemahan ilmu dan ketumpulan mata hati. Maka yang yang dituntut ialah penyesalan. Sesallah sekarang sebelum kita disesalkan kelak.
Oleh itu, siapkanlah jiwamu untuk dicuci, pujuklah diri dengan mendekatkan diri kepada Allah dan orang-orang soleh, pupuklah diri dengan tarbiyyah yang betul, kekanglah dari segala kehendak dan alat yang boleh menjerumuskan diri ke lembah terkotor itu lagi.
Jika Facebook menjadi punca luka berdarah kembali, block/deletekan sahaja dia daripada akaun kehidupanmu! Tukarlah nama atau profile yang baru.
Jika handphone menjadi punca kegersangan cinta, tukar sahaja nombor yang baru tanpa berfikir dua kali! Lemparkan sahaja semua gambar dan kenangan bersamanya di dalam longkang najis! Bukanlah membenci, tetapi tegas dalam prinsip!!!
Jika dirinya hadir melintasi fikiran, ambillah sejadah, rendahkan dahi menyembah bumi, ciumlah haruman syurga segar mewangi sedang menanti doa-doamu sebagai tetamunya. Allah SWT, Tuhan kita yang telah lama dipinggarkan juga tidak putus menunggu air mata untukNya. Ketagih berbicara dengan hambaNya dengan taubat dan penyesalan yang mendalam.
Hakikatnya, kata-kata penulis tidaklah sehebat mana jika dibandingkan ayat-ayat cinta dari langit. Tentu sahaja semangatnya tidak konsisten dan tidak begitu mendamaikan hati yang sedang lara dan keliru. Pujuklah diri, renungkan dalam-dalam dan ajarlah hati untuk menjiwai setiap bait kata-kata Allah ini.
Firman Allah SWT : "Sesungguhnya beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang MENJAUHKAN DIRI dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat, dan orang yang MEMELIHARA KEMALUANNYA kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi sesiapa yang DICARI BALIK itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang MELAMPUI BATAS. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi (SYURGA) FIRDAUS. Mereka KEKAL didalamnya." (Surah al-Mukminun ayat 1-11)
Wednesday, March 7
Monday, March 5
JANGAN..
- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
-JANGAN tambah perhiasan di b...adan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
ALLAH lebih tahu. Wallahualam..

Thursday, March 1
Salahkah Perigi Mencari Timba?
Menjadi muslimah bukan bererti hanya pasif menunggu tambatan hati datang menghampiri. Muslimah juga boleh aktif dan agresif, dan pastilah sikap agresif itu berlandaskan syari’e.
Dalam keadaan tertentu, adalah dibolehkan untuk seseorang Muslimah untuk menawarkan diri kepada lelaki yang terbaik agamanya, dan elok kualiti akhlaknya. Dan pastilah bagaimana cara untuk menawarkan itu harus dicermati dengan halus supaya tidak membawa kearah negatif.
Telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah SAW dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:
“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi SAW dan menawar dirinya demi kebaikan”. ( riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
Risikonya adalah antara diterima atau ditolak. Kalau diterima maka hal itu merupakan sebuah jawapan yang indah dan kita inginkan. Tetapi jika ditolak, perkara ini adalah bukan sesuatu yang memalukan atau sesuatu yang hina. Malah hal ini merupakan ladang kesabaran yang akan mendatangkan pahala yang besar.
Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Oleh itu kita harus memilih orang yang dipercayai memiliki sifat amanah sebagai wakil kepada kita untuk menyampaikan hasrat hati. Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita. Orang tengah itu boleh jadi ahli keluarga terdekat, sahabat yang dipercayai, guru atau ustaz/ustazah kita.
Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah… malu!
Malu tidak bertempat.
Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?
Malu kerana tidak pernah dibuat orang lain. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.
Kalau pun halangan ia melibatkan “harga diri” atau lebih mudah kita faham sebagai adat. Sesetengah orang kononnya, perbuatan ini dianggap sebagai “aib” atau menyalahi adat, aib ni boleh beri kesan sama ada pada perempuan ataupun keluarga.
Kenapa untuk sebuah kebaikan dan kemaslahatan hidup kita perlu kalah dengan adat sedangkn syariat membenarkannya, persoalan ini sebenarnya balik kepada kembali kepada masing-masing individu, mana yang lebih utama adat atau kebahagian yang sejati.
Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.
kesimpulannya, nak kawin ni senang cuma kita sahaja yang memberat-beratkan dengan pelbagai alasan. Adakah bila kita sukakan seseorang, kita hanya perlu duduk ditikar sejadah dan berdoa sambil mengharapkan jodoh atau orang yang kita sukai itu datang bergolek kepada kita? Tidak. Yang penting usaha. Ia senang. Jika sukakan seseorang, hantarkan wakil untuk menyampaikan hajat kita. Kemudian jika kedua pihak bersetuju, boleh lah aturkan perkara yang seterusnya.
Kalau kita ikhtiar untuk dapatkan jodoh pun dikira amal soleh. Dalam hal ini, tiada halangan bagi orang perempuan untuk melamar lelaki, sebagaimana lelaki pun tiada larangan nak melamar perempuan. Syariat Islam memberi hak yang sama antara lelaki dan perempuan.

Subscribe to:
Posts (Atom)