1 BLOGGER!!!!

Friday, November 30

Putus CINTA anugerah ALLAH

"Pernah merasa putus cinta? "
Mesti pernahnya kut… kalau pernah, I would say BAGUS! Kalau tak pernah maknanya anda belum lagi mengenal erti kehidupan percintaan yang sebenarnya.
As always, kita di sini, bukan untuk meminta perkara buruk itu berlaku atau mendoakan kecelakaan sebaliknya, kita mahu menimba pengalaman dan mengetahui sedikit pengetahuan yang mungkin dapat membantu untuk mematangkan diri di dalam menangani soal kehidupan di dalam percintaan.
Cuba kita tanya,
“Mengapa Allah berikan kegagalan cinta kepada kita? Mengapa Tuhan membiarkan kita putus cinta dengan orang yang kita amat sayangi?”
Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
In my humble opinion,
Tuhan berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia mahu kita belajar dari kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang lebih sempurna. Dan dari pengalaman itu, kita dapat berkongsi dengan mereka yang kurang berpengetahuan.

“So, that’s why kita tak perlu bersedih sangat kerana putus cinta!”
Same things happen apabila sesebuah perkahwinan itu terpaksa melalui perceraian… Cuba kita tanya,
“Mengapa Allah berikan perceraian setelah kita berkahwin dengan penuh kebahagiaan?”
Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?


In my humble opinion,
Tuhan berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. Dan yang paling utama, mungkin ada pasangan lain yang dapat memberi lebih kebahagiaan dan lebih menyayangi kita. Malah mungkin lebih menghargai segala-gala tentang kita.
Tentu saja kita akan sedih …amat sedih bila bercerai. Tetapi… apabila kita dapat menerima takdir dari yang Maha Esa, barulah kita akan dapat melihat betapa besar hikmah dari Allah s.w.t

“So, that’s why kita kena percaya dengan hikmah dari Allah barulah kita tidak bersedih sangat”
Selalu kita tengok dan baca komen-komen dan pesanan-pesanan kat internet ni katanya, “Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya!”
NOPE! Itu BUKAN cara Allah memberi takdir dalam hidup kita betul tak? Selalunya, Tuhan akan buatkan kita melalui cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu. Tiada short cut dan jalan mudah beb…
Sama lah juga di dalam persoalan ini, kalau yang baik dapat yang baik… apa yang dia orang boleh belajar? Kalau yang jahat dapat yang jahat… semua perkara dah tahu! Mana pengajaran dan cabarannya?

To me, maksud sebenar di sebalik ayat itu adalah,
“Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik!”
Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR TUHAN, Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku. Jika yang baik hanya untuk yang baik…apa yang kita boleh belajar? Not so much. Kalau tiada putus cinta, cantik je percintaan tu… nothing laaa… that’s NOT LIFE!
Thats why selalunya,
Seorang yang baik, Allah sengaja temukan dengan yang tidak baik, untuk kita mengenali dan memahami erti kematangan hidup! Kemudian belajar membimbingnya menjadi insan yang baik dan beriman.
Ada seorang lelaki yang telah selalu berzina, kehairanan…

“Mengapa aku yang jahat dan jahil ini tetap mendapat isteri yang masih dara?”
- Itulah takdir kasih dari Allah, masih memberi peluang kepadanya dan melihat samada dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai atau tidak.

Si isteri juga kehairanan…
“Mengapa aku yang sentiasa beriman kepada Allah dan bertaqwa tapi masih dapat lelaki jahil dan yang hidupnya penuh dengan maksiat?” - Itulah satu cabaran dari Allah, bagi si isteri untuk membuka hati suaminya agar kembali beriman.
Imagine jika dia dapat isteri yang sudah rosak akhlaknya…
Jadi, inilah baru betul caranya seperti yang selalu Tuhan mahu kita hadapi…iaitu melalui cabaran dan dugaan.
So, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses. Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran. Dia mahu kita belajar dari kesilapan serta menambahkan pengalaman dan matang agar kita menjadi manusia yang menghargai nikmat Allah, kemudian dapat berkongsi pengalaman itu dan membantu sesama manusia.

JADI, apabila berlaku putus cinta atau perceraian sekali pun, kita hadapinya dengan senyuman kerana, itu adalah pemberian dari Allah. Anugerah dari Tuhan yang Maha Esa.
Itulah ciptaan Tuhan yang maha agung, - which is, the balance of the universe, kestabilan hukum alam kita!

Wednesday, November 14

KENALI INSAN YANG MENCINTAI DIRIMU

1.orang yang mncintai kamu,tidak pernah mampu memberikan alasan knpa dia mencintai kamu. yang dia tahu dhati &matanys hnya ada kamu.

2.orng yang mencintai kamu, slalu ingintahu tentang apa saja yang kamu lalui spanjang hari. dia ingin tahu kegiatan kamu.

3.jika kamu menyatakan akan menghadapi ujian,dia akn menanyakan bila&saat akhrinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'GOODLUCK' untuk memberi semangat kpd kamu.

4.org yg mencintai kamu akan memberikan sesuatu barang miliknya yg mungkin buat kamu sesuatu yg biasa, tetap baginya sangat istimewa.

5.jika kamu berada di daerah lain @ negeri lain, dia akan sentiasa mmberikan nasihat agar kamu berwaspada dengan persekitaran yg boleh mmbawa pengaruh buruk kpd kamu yg jauh.

6.di hati dia benar2 takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata dekat dihati'?

7.org mencintai kamu akan bertindak lbh sperti saudara mara dripda seorang kekasih.

8.org mencintai kamu kdang2 merindukan kamu & melakukan hal2 yang membuat kamu terganggu.. dia akan meminta maaf & x akan mengulanginya lgi.

9.kalau kamu melihat telefon bimbitnya, maka nama ksmu akn menghiasi sbhagian besar peti simpanan msj dia. dia msh menyimpan sms2 drpda kamu wlaupun kamu kirim berbulan-bulan, @ bertahun-tahin lalu.

10.jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya @ menberikan reaksi menolaknya, dia akan menyedari & menghilang daripada kehidupan kamu.

11.jika suatu saat kamu merindukannya & ingin memberinya kesempatan, dia akan menunggu kamu kerna sbenarnya dia x pernah mencari penganti lain, dia sentiasa memilih terus bersama kamu.

12.org yg mencintai kamu tidak pernah memaksa kamu memberi sbb & alasan walupun hatinya meronta ingin mengrtahui, kerna dia x mahu kamu terbeban dngan karenahnya. saat kamu pintar dia berlalu, dia akn pergi tanpa menyalahkan kamu, kerna dia benar2 mengerti APA ITU CINTA


ditulis oleh : WAN KHAIRUL

Tuesday, November 6

Wahai sahabatku yang kecewa

Wahai sahabatku yang kecewa.....

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan
...
hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?



Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…
"walau seremuk mana hati terluka
bentuklah ia semula
dan serahkannya pada yang ilahi"